Friday, May 1, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG DI AADK KOTA TINGGI




Baru-baru ini di AADK Kota Tinggi kami telah mengadakan satu program gotong royong... Program ini diadakan untuk merapatkan lagi  hubungan antara pegawai-pegawai di AADK Kota Tinggi dengan semua kes pengawasan. Sukacitanya program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak.Malahan JKPD juga telah turut serta memeriahkan lagi program ini. 

             Walaupun semua yang terlibat pada hari itu nampak keletihan tetapi semua berpuas hati bila melihat keadaan AADK yang bersih dan berwajah baru.Selepas habis bergotong royong,masing-masing melepaskan penat menjamu selera di Agenda Cafe.

             Seterusnya syabas diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dan ucapan terima kasih kepada semua kes pengawasan yang hadir begitu juga dengan JKPD yang banyak membantu. Semoga pada lain masa kita akan dapat melakukan aktiviti sihat seperti ini lagi.

No comments:

Post a Comment